Sabtu, 18 April 2020

Kisah Seram - Nenek Cemburu Dengan Kami




- Cerita ini, merupakan pengalaman dari ibu saya yang selalu kena rasuk. Begini ceritanya...
Ibu & bapa saya sudah berkahwin selama tujuh belas tahun. Tetapi ibu memberitahu, nenek (iaitu ibu kepada ibu saya) tak suka ibu kahwin dengan bapa saya tetapi akhirnya dia setuju juga. Tetapi, bukan dari keikhlasan hatinya.

Ibu saya selalu kena rasuk di rumah. Pada satu hari, ibu bapa saya minta tolong dengan pakar di Singapura, nak tahu siapa yang mengganggu rumah kita. Bukan satu yang menolong kita, tapi dah macam satu keluarga mereka menolong kita. Ibunya, bapanya serta kedua-dua orang anak mereka, lelaki dan perempuan. Mereka lihat rumah saya, macam sesak nafas bagi mereka. Mereka cuba lihat dimanakah makhluk2 itu duduk, dan dikatanya, dia duduk di merata tempat. Ada lebih dari tujuh makhluk. Kata pakar, ibu kepada makhluk-makhluk ini sudah lari tinggalkan anak-anaknya di rumah dan pakar itu pun cuba matikan semua anak-anak makhluk itu. Pakar itu berkata, "Ada tinggal satu sahaja di dapur. Minggu depan kami akan datang lagi..." Bapa saya pun hairan, kenapa tak matikan sekali?


Dipendekkan cerita, ibu bapa saya cuba minta tolong dengan Ustaz di Johor yang kadangkala akan datang ke Singapura pada hari Sabtu & Ahad. Kata Ustaz, ada satu barang di rumah yang antik dan disimpan terlalu lama, harus dibuang. Bapa saya sudah tahu apa benda itu, dia berkata, "Ini mesti jam rosak tu... (merujuk kepada jam usang yang kami kenali sebagai "grandfather's clock")." Apabila kami pulang ke rumah, ibu saya dah mula bermacam-macam, mengatakan yang dia nampak benda di dalam rumah berlari-lari. Bapa saya apalagi, dia ambil jam itu dan buang di bawah blok rumah.

Kami dapat tahu dari Ustaz itu, ada orang yang mengganggu keluarga kami, iaitu nenek saya yang sekarang menetap di Johor. Dia kadangkala akan telefon kami dan bertanya, "Semua sihat? Bapa sihat? Ibu sihat?" Dia bertanya seolah-olah dia ingin meletak "barang" di rumah kita dan nak tahu kalau kita sihat atau tidak. Dan pakar dengan keluarganya yang datang ke rumah saya untuk menebas makhluk-makhluk itu, bapa saya kata mereka tidak boleh dipercayai. Mereka hanya ingin menakut-nakutkan kami.

Saya pun takut
, nanti kalau dah besar, nak kahwin, ada sahaja masalah-masalah dari orang lain yang cemburukan keluarga kami. Nenek kami sendiri pun cemburu. Apalah nak jadi?

Terima kasih...